Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

HIJAUKAN BUMI KITA


Pada masa akan datang isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar akan menjadi satu cabaran penting yang harus ditempuhi oleh negara kita.so,macam mana kita sebagai pengguna dapat mengatasi cabaran ini?kita dapat menyelamatkan bumi dengan melakukan perkara-perkara berikut..

i ) Bawa beg sendiri bila membeli-belah.
ii ) Menunggang basikal atau berjalan kaki untuk ke suatu tempat yang dekat.(boleh sihatkan badan & seratus peratus mesra alam)
iii ) Tutup tv atau komputer atau apa-apa yang guna tenaga elektrik.(ini dapat menjimatkan sumber tenaga)
iv ) Kumpul barang-barang yang boleh dikitar semula dan bawa ke pusat kitar semula.(duit pun dapat,bumi pun sihat)
v ) Hentikan penggunaan racun serangga. Tanamlah tumbuhan yang boleh menghalau serangga perosak seperti pudina dan selasih.
vi ) Gunakan lampu kalimantang kerana ianya boleh menjimatkan tenaga dan lebih tahan lama berbanding mentol biasa.
vii ) Tentukan barang yang hendak diambil sebelum membuka peti sejuk kerana membuka peti sejuk dengan kerap boleh merugikan tenaga elektrik dan menyebabkan elektrik meningkat.
viii ) Kurangkan pembuangan sampah dan jangan menggunakan produk pakai buang.


so..jom kita sama-sama menghijaukan bumi kita supaya kita semua mendapat manfaatnya bersama-sama!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan