Halaman

Sabtu, 24 Julai 2010

TOSHIBA PORTEGE R700


PC notebook yang memiliki reka bentuk anggun dan nipis. Mengguanakan sistem penyejuk dimajukan serta kerangka aloi magnesium yang ringan tapi tahan lasak. Sistem penyejuknya berasaskan Teknologi Penyejukan 'Airflow' yang dikatakan sama dengan sistem penyejuk enjin jet, menggunakan kuasa jet untuk menyejukkan komputer daripada kepanasan yang dihasilkan oleh pelbagai komponen di dalamnya.


Spesifikasi
PRODUK: Toshiba Portege R700
HARGA: dari RM3,999
PEMPROSES: Intel Pentium Core i3, i5 dan i7
PEMACU CAKERA KERAS: 500GB
PILIHAN CAKERA SOLID STATE: 512GB
MEMORI: DDR3 RAM hingga 4GB
SKRIN: LCD 13.3 inci
DIMENSI: 316 x 227 x 25.7mm
BERAT: 1.39kg

Toshiba Libretto W100 | Dual-Screen Concept Laptop Video

TOSHIBA LIBRETTO W100


Notebook terbaru dari toshiba yang mempunyai dua skrin seperti alat peranti pemain game Nintendo DS. Ianya menggunakan keyboard maya di atas skrin di bahagian bawah. Dua skrin seperti alat peranti pemain game Nintendo DS.

Spesifikasi
PRODUK: Toshiba Libretto W100
HARGA: anggaran RM5,000
PEMPROSES: Intel Pentium Dual-Core U5400 (1.20GHz, L3 Cache 3MB)
CAKERA KERAS SOLID STATE: 62GB
MEMORI: DDR3 RAM hingga 2GB
SKRIN: LED 7 inci
RESOLUSI: 1024 x 600 piksel
DIMENSI: 202 x 123 x 30.7mm
BERAT: 819gm

Rabu, 30 Jun 2010

SONY ERICSSON CEDAR




SPESIFIKASI:
PRODUK: Sony Ericsson Cedar
HARGA: anggaran RM500 hingga RM700
KAMERA: 2.0 megapiksel
SKRIN: 2.2 inci
MASA BERBUAL: 12 jam 30 minit
MASA BERSEDIA: 420 jam
BATERI: BST-43
SAMBUNGAN: 3.5mm audio jack, bluetooth, USB
DIMENSI: 111 x 49 x 15.5mm
BERAT: 84g

SONY ERICSSON YENDO



SPESIFIKASI:
PRODUK: Sony Ericsson Yendo
HARGA: tidak diperoleh
RANGKAIAN: GSM, GPRS, EDGE
CPU: ARM946
PEMPROSESAN: 720MHz
KAMERA: 2.0 megapiksel
MUZIK: A2DP, PlayNow, TrackID, MP3, AAC
SAMBUNGAN: 3.5mm audio jack, bluetooth, micro USB
MASA BERBUAL: sehingga 3.5 jam
MASA BERSEDIA: sehingga 312 jam
MEMORI: 5MB
DIMENSI: 93.5 x 52 x 15.8mm
BERAT: 81g

SONY ERICSSON XPERIA X8




SPESIFIKASI:
PRODUK: Sony Ericsson Xperia X8
HARGA: anggaran RM1,099
SISTEM OPERASI: Android Donut 1.6
PEMPROSESAN: 600MHz
KAMERA: 3.2 megapiksel
MUZIK: A2DP, PlayNow, TrackID
KOMUNIKASI: Timescape
SAMBUNGAN: 3.5mm audio jack, bluetooth, micro USB, WiFi
SKRIN: tiga inci
MEMORI: 128MB
SLOT KAD: microSD
DIMENSI: 99 x 54 x 15mm
BERAT: 104g

Jumaat, 25 Jun 2010

CARA MEMULIHARA ALAM SEKITAR


Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan.

Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.

Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:
# Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan
# Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
# Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat.
# Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
# Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.
# Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).
# Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
# Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lain-lain.