Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

PHILIPS MCi900 STREAMIUM


PHILIPS mengumumkan kesediaan dua produk hiburannya menerusi sistem mikro hi-fi MCi900 Streamium dan sistem teater rumah blu-ray HTS9520 yang disifatkan sebagai menepati kehidupan interaktif zaman moden.
Sistem mikro hi-fi MCi900 Streamium bakal merubah pengalaman audio di rumah apabila ia direvolusikan dengan pembesar suara SoundSphere digabungkan dengan 'tweeter' khusus menghantar bunyi keliling seakan pengguna berada di konsert yang diikuti secara langsung.

Ia turut menggunakan teknologi Streamium yang membenarkan pengguna untuk menyimpan, stream, dan menikmati pilihan muzik melalui sambungan tanpa wayar daripada fail muzik atau komputer peribadi (PC) mereka.

Storan dalaman sebanyak 160GB membolehkan anda menyimpan sehingga 2,000 album muzik pada satu masa selain radio Internet memungkinkan capaian muzik tanpa wayar.

Manakala sistem teater rumah blu-ray HTS9520 direka dengan pembesar suara 360Sound yang menempatkan tiga pembesar suara satelit dengan satu daripadanya akan menghalakan bunyi ke depan manakala selebihnya akan meliputi keseluruhan ruang di rumah.

Bukan saja memainkan filem atau muzik kegemaran anda menerusi blu-ray atau DVD, ia mampu menyimpan kandungan daripada peranti mudah alih selain menikmati kandungan tanpa wayar yang disambung dengan adaptor USB WiFi.

Spesifikasi:

PRODUK: Philips MCi900 Streamium
HARGA: RM2,999

OUTPUT TENAGA: 2 x 50W RMS
CAKERA KERAS: 160GB
FORMAT MAMPATAN: MP3, WMA, non DRM AAC (m4A), eAAC+, FLAC, Ogg Vorbis
MEDIA: CD, CD-R, CD-RW, MP3-CD, WMA-CD, USB
MEDIA VIDEO: DivX, DVD+R/+RW, DVD-R/-RW, DVD-Video, Picture CD, Video CD/SVCD
SAMBUNGAN TANPA WAYAR: LAN (802.11b/g/n)
JUMLAH TENAGA TEMPOH BERSEDIA: 1 watt
DIMENSI: 251 x 202 x 251mm
BERAT: 12.5kg

PRODUK: Philips blu-ray HTS9520
HARGA: RM4,599
FORMAT MAMPATAN: DivX 3.11, DivX 4.x, DivX 5.x, DivX 6.0, DivX Ultra, avi, MKV, MPEG4, WMV, AVCHD
MEDIA: CD-R/RW, USB flash drive, Audio CD, DVD+R/+RW, DVD+R/-R DL, DVD-R/-RW, MP3-CD, WMA-CD
KADAR BIT MP3: 112 kbps - 320 kbps
KADAR BIT WMA: 48 kbps - 192 kbps
PENGGUNAAN TENAGA: 100 watt
PENETAPAN KHAS: Aksi, Klasik, Koncert, Drama, Jazz, Rock, Berita, Sukan
DIMENSI: 400 x 554 x 560mm
BERAT: 4.2kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan