Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

APPLE MAC MINI






TETAPKAN monitor, papan kekunci serta tetikus anda sendiri pada Mac Mini terus memungkinkan anda melayari dunia komputer peribadi (PC) sendiri yang menggunakan cita rasa perkomputeran Apple.
Malah, anda boleh menyambung Mac Mini ke port HDMI di skrin televisyen Full HD di rumah untuk menikmati muzik (iTunes), menonton filem dan sebagainya yang disaksikan menerusi pemprosesan Intel Core 2 Duo 2.4GHz atau 2.66GHz.

Walaupun kecil, ia mempunyai memori 8GB iaitu dua kali lebih besar berbanding model sebelum ini untuk menjalankan banyak aplikasi pada satu masa, digabungkan dengan grafik NVIDIA GeForce 320M.

Teknologi tanpa wayar 802.11n pula secara automatik menyambungkan anda kepada rangkaian Wi-Fi yang membolehkan capaian web, percetakan dan penyaluran muzik secara terus.

Spesifikasi:

PRODUK: Apple Mac Mini
HARGA: anggaran dari RM2499

PEMPROSESAN: Intel Core 2 Duo 2.4GHz atau 2.66GHz
MEMORI: 2GB (2 x 1GB SO-DIMMs)
SLOT: 4 x USB, slot kad SD, 1 x FireWire 800
GRAFIK: NVIDIA GeForce 320M

KOMUNIKASI: AirPort Extreme 802.11n Wi-Fi, bluetooth 2.1
CAKERA KERAS: 320GB atau 500GB SATA
DIMENSI: 3.6 x 19.7 x 19.7 cm
BERAT: 1.37kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan