Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

NOKIA N8



NOKIA memperkenalkan telefon bimbit pintar terbaru, Nokia N8 yang membantu dalam penciptaan kandungan, berhubung ke rangkaian sosial dan menikmati program TV web serta aplikasi Ovi Store.
Dengan kamera 12 megapiksel, lensa Carl Zeiss dan lampu flash xenon, N8 boleh merakam video berdefinisi tinggi (HD) dilengkapi pula dengan suit suntingan video yang amat mudah digunakan.

Bukan sekadar paparan video HD, malah sistem bunyinya juga disokong teknologi bunyi sekeliling Dolby Digital Plus untuk menjadikan peranti ini seperti sebuah sistem teater rumah.

Pengguna juga boleh mengemaskini status, berkongsi lokasi dan foto, malah memaparkan kandungan daripada facebook dan Twitter menerusi satu aplikasi secara langsung di atas skrin rumah.

Dikuasai sistem operasi Symbian 3, Nokia N8 meningkatkan gaya guna ke atas skrin peka sentuhan dan menjadi peranti pertama disepadukan dengan Qt iaitu perisian pembangunan persekitaran yang memudahkan pembangunan aplikasi. Dijangka memasuki pasaran pada suku tahun ketiga 2010.

Spesifikasi:

PRODUK: Nokia N8
HARGA: Anggaran RM1,813 (EUR370 sebelum cukai/subsidi)
SISTEM OPERASI: Symbian 3
SKRIN: LED 3.5 inci (640 x 360 piksel - peka sentuhan kapasitif)

KAMERA: 12MP, lampu flash xenon, pengesan muka
MEMORI: 16GB (dalaman) slot kad microSD
LENSA: Carl Zeiss
FORMAT VIDEO: H.264, MPEG4, VC-1, H.263, Real Video 10, ON2 VP6, video flash
BATERI: Ion litium 1200mAh
PENYAMBUNGAN: kabel HDMI, WLAN, Blutooth, microUSB, jek AV 3.5mm
WARNA: kelabu, perak, hijau, biru dan oren
DIMENSI: 113.5 x 59.12 x 12.9mm
BERAT: 135gm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan