Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

CARA MEMULIHARA ALAM SEKITAR


Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan.

Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.

Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:
# Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan
# Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
# Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat.
# Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
# Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.
# Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).
# Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
# Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan